Risalah dan siaran radio Deklarasi_Potsdam

Deklarasi ini telah dikeluarkan kepada sidang akhbar di Potsdam pada malam 26 Julai dan pada masa yang sama dihantar ke Pejabat Maklumat Perang (Office of War Information, OWI) di Washington. Pada pukul 5 petang waktu Washington, pemancar Pantai Barat OWI yang dihalakan ke pulau-pulau utama Jepun menyiarkan teks deklarasi dalam bahasa Inggeris, dan dalam bahasa Jepun dua jam kemudian. Pada masa yang sama, pesawat pengebom Amerika menjatuhkan lebih 3 juta risalah perisytiharan ini.[4] Deklarasi tidak pernah dihantar untuk pemerintah Jepun melalui saluran diplomatik.[5] Meskipun mengambil risalah propaganda musuh serta mendengar siaran radio asing adalah menyalahi undang-undang, usaha-usaha yang dilakukan tentera Amerika berjaya menjadikan isi utama deklarasi ini diketahui oleh kebanyakan orang Jepun.[petikan diperlukan]